Langkau ke kandungan utama

Kumpulan kami

Kumpulan pakar dan kumpulan negara di seluruh dunia membantu kami mencapai matlamat kami

Melalui rangkaian global Kumpulan Cochrane kami, kami memanfaatkan pelbagai minat, kemahiran dan pengetahuan pakar yang membantu kami mencipta bukti kesihatan berkualiti tinggi, yang relevan.

Kumpulan Tematik

Kumpulan Tematik kami melihat masa depan, memastikan kami bertindakbalas pada keperluan orang yang menggunakan bukti kami. Kumpulan ini memberi tumpuan terutamanya untuk memastikan kami secara kolaboratif menghasilkan kerja relevan, berkualiti tinggi yang mempunyai integriti.

Tonton: Pengenalan kepada Kumpulan Tema (1 min 19s)

Unit Sintesis Bukti

Unit Sintesis Bukti kami ialah kumpulan penyelidikan pelbagai topik yang menumpukan pada pembangunan sintesis bukti yang berkualiti tinggi, tepat pada masanya sebagai tindak balas pada keperluan pemegang taruh yang pelbagai. Semua unit mempunyai kepakaran metodologi, pengetahuan tempatan dan capaian kepada rangkaian pakar Cochrane, membolehkan mereka menghasilkan bukti berkualiti tinggi yang menyokong sistem kesihatan, dasar, dan amalan di seluruh dunia.

Penyebaran geografi unit baharu mencerminkan komitmen kami untuk menghasilkan bukti yang membantu meningkatkan kesihatan orang ramai di seluruh dunia. Selain menjana sintesis bukti berkualiti tinggi, unit tersebut juga akan menggunakan kaedah inovatif, menggalakkan ekuiti kesihatan dan memperjuangkan integriti penyelidikan dan mengukuhkan atau membangunkan perkongsian pemegang taruh untuk menyokong kemapanan jangka panjang kami.

Tonton: Pengenalan kepada Unit Sintesis Bukti (1 min 08s)

Kumpulan Ulasan

Kumpulan Ulasan kami bertanggungjawab untuk menghasilkan ulasan sistematik berkualiti tinggi, dengan cara yang cekap dan tepat pada masanya, yang menangani soalan penyelidikan yang paling penting untuk pembuat keputusan/penyedia perkhidmatan kesihatan dan/atau individu.

Kumpulan Geografi 

Kami mempunyai Kumpulan Geografi rasmi di lebih 50 negara. Kumpulan-kumpulan ini mewakili Cochrane dalam negara itu, mereka mempromosi dan menyokong penggunaan bukti Cochrane dalam dasar dan amalan kesihatan, dan menyokong ahli dan penyokong yang menetap di sana.

Kumpulan Kaedah

Kumpulan Kaedah kami memberikan nasihat dasar dan memberi tumpuan untuk membangunkan kaedah yang digunakan untuk menghasilkan ulasan Cochrane.

Bidang dan Rangkaian

Bidang dan Rangkaian kami menumpukan pada dimensi penjagaan kesihatan seperti tetapan penjagaan (contohnya, penjagaan primer), jenis orang yang menerima penjagaan (kanak-kanak atau orang tua, misalnya), atau jenis penyedia penjagaan (seperti jururawat).