Langkau ke kandungan utama

Pekerjaan, Kesihatan dan Keselamatan Sosial

Kumpulan Tematik Cochrane

Kumpulan Tematik Pekerjaan, Kesihatan, dan Keselamatan Sosial bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai topik-topik kesihatan pekerjaan dan keselamatan sosial.

Tentang kami

Dalam konteks Kumpulan Tematik kami, keselamatan sosial meliputi isu-isu perubatan tertentu yang berkaitan dengan insurans kecacatan (contohnya, kecacatan kerja) dan insurans kemalangan (contohnya, masalah kesihatan akibat kecederaan). Di sesetengah negara, kepakaran ini dinamakan sebagai 'perubatan insurans'.

Kumpulan Tematik kami adalah hasil kerjasama lama antara https://work.cochrane.org/ dan Cochrane Insurance Medicine Field (CIM), kedua-duanya mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam penghasilan bukti, pengembangan kaedah, dan penterjemahan dan penyebaran maklumat. Kumpulan Tematik kami sedar akan cabaran yang semakin meningkat dalam golongan perkerja yang semakin berumur, seperti penyakit kronik. Matlamat Kumpulan Tematik adalah untuk mengurangkan kecacatan yang disebabkan oleh pekerjaan dan kemalangan, dan meningkatkan penyertaan kerja dan penyertaan sosial, sambil memastikan kelangsungan pendapatan bagi mereka yang tidak dapat bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan.

Ulasan sistematik dan sintesis bukti (Kerja Cochrane)

Kumpulan ini menjalankan, menyokong dan mengarang bersama bukti sintesis yang memaklumkan amalan terbaik dalam kesihatan pekerjaan dan keselamatan sosial. Aktiviti Cochrane Work akan diteruskan, termasuk topik mengenai keberkesanan intervensi kesihatan pekerjaan dengan fokus pada pencegahan, rawatan, pengurusan, dan pemulihan. Baru-baru ini, kami juga telah menangani soalan-soalan prognostik. Berikut adalah ulasan sistematik merangkumi pelbagai topik yang dipilih dan disusun oleh kumpulan kami:

Keselamatan sosial dan perubatan insurans

Komponen keselamatan sosial kami memberi tumpuan kepada penyebaran bukti yang kukuh untuk menyokong proses membuat keputusan perubatan dalam bidang kecacatan dan insurans kemalangan. Ini termasuk membekalkan doktor, syarikat insurans, dan pakar perubatan dengan data yang boleh dipercayai untuk memaklumkan penilaian mereka mengenai kemampuan kerja pesakit dan insurans nota sakit. Dengan menyebarkan bukti berkualiti tinggi yang mudah diakses, kami dapat memastikan bahawa cadangan yang diberi dalam perubatan insurans adalah sah dan boleh dipercayai.

Kerjasama dan penterjemahan pengetahuan

Objektif utama Kumpulan Tematik kami adalah untuk memupuk kerjasama di kalangan para penyelidik, pengamal perubatan, dan peggubal dasar dalam bidang kesihatan pekerjaan dan keselamatan sosial. Kolaborasi ini adalah penting untuk penterjemahan bukti ke dalam amalan secara berkesan, memastikan penemuan penyelidikan terkini dikongsi dan digunakan oleh pihak berkepentingan di seluruh dunia. Rangkaian pakar dalam kumpulan ini memainkan peranan penting dalam aktiviti penterjemahan pengetahuan, mempromosikan amalan berasaskan bukti secara meluas dalam bidang pekerjaan, kesihatan, dan keselamatan sosial.

Cochrane Corners dari Perubatan Insurans Cochrane

Pendekatan multidisiplin

Kumpulan Tematik kami mendapat manfaat daripada sumbangan pasukan penulis dan penyelidik yang dinamik dan multidisiplin dengan pengalaman luas dalam sintesis bukti. Kepakaran mereka merangkumi pelbagai disiplin, termasuk kesihatan pekerjaan, keselamatan sosial, perubatan insurans, dan amalan berasaskan bukti. Kepakaran yang luas ini membolehkan kumpulan ini menangani isu-isu kompleks dari pelbagai perspektif, memastikan ulasan yang menyeluruh dan seimbang yang mempertimbangkan semua faktor yang relevan.

Pasukan kami

Rancangan kami

Misi utama Kumpulan Tematik kami adalah untuk menyumbang kepada keputusan berasaskan bukti dalam pekerjaan, kesihatan, dan keselamatan sosial, dengan fokus untuk meningkatkan penyertaan kerja, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, akses yang adil kepada keselamatan sosial sekiranya berlaku kecacatan pekerjaan, serta kesejahteraan di tempat kerja.

Objektif khusus untuk masa terdekat

  • Menyokong sintesis bukti berkualiti tinggi: Memberi tumpuan kepada penghasilan ulasan sistematik dalam bidang-bidang berkeutamaan tinggi dalam pekerjaan, kesihatan pekerjaan, dan keselamatan sosial.
  • Mengenal pasti topik-topik keutamaan: Mengenal pasti secara sistematik topik-topik utama untuk ulasan sistematik dan penyelidikan utama dalam pekerjaan, kesihatan, dan keselamatan sosial yang akan disahkan melalui tinjauan antarabangsa (sedang berjalan).
  • Menyumbang kepada pengembangan kaedah untuk menyokongan sintesis bukti: Membangunkan dan memperhalusi alat, garis panduan pelaporan, serta penyelarasan kaedah dalam bidang ini seperti Core Outcome Set for Work (https://cosforwork.org/ CosforWork.org) untuk digunakan dalam kajian intervensi dengan hasil pekerjaan.
  • Perkongsian global, nasional dan serantau serta penyebaran: Bekerjasama dengan rakan kongsi global seperti 'Evidence for Work', EUMASS atau International Commission on Occupational Health (ICOH) untuk menyebarkan bukti Cochrane dan mempromosikan aktiviti kumpulan pada skala antarabangsa .
  • Inisiatif pendidikan: Meneruskan penyediaan peluang pendidikan yang memfokuskan kepada metodologi Cochrane dan penjagaan berasaskan bukti dalam program latihan profesional.
  • Permohonan geran: Mengenal pasti dan mengemukakan permohonan geran untuk projek atau pembiayaan infrastruktur bagi menyokong aktiviti kumpulan.

Hubungi kami

Untuk maklumat lanjut mengenai kerja kami, sila hubungi melalui e-mel.