Konsep kesihatan planetari menekankan hubungan antara tamadun manusia dan sokongan sistem semula jadi. Cochrane memainkan peranan penting dalam menangani cabaran yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar dan mengancam kesihatan dan kesejahteraan kita.

Tentang kami
Gangguan utama yang sudah memberi kesan kepada kesihatan di seluruh dunia termasuk perubahan iklim, pencemaran, biodiversiti, penggunaan tanah, ketersediaan air tawar dan kitaran nutrien semula jadi. Strategi Saintifik baharu Cochrane mengenal pasti keutamaan perubahan iklim dan kemampanan. Dengan mengguna pakai pendekatan kesihatan planet yang holistik, Kumpulan Tematik Kesihatan Planetari menyasarkan untuk membantu mewujudkan bukti yang diperlukan untuk membuat keputusan termaklum, memberi tumpuan kepada cara kerajaan dan sistem kesihatan boleh menyesuaikan diri untuk melindungi kesihatan sambil mengurangkan bahaya ekologi.
Pandangan holistik terhadap kesihatan planet memastikan pemahaman bagaimana pelbagai ancaman ekologi berinteraksi antara satu sama lain. Ia juga akan mengurangkan kemungkinan terjadinya peristiwa yang tidak diingini akibat fokus yang terbatas. Mensintesis kajian yang sedia ada untuk mengenal pasti perkara yang berkesan, mengapa ia digunakan, untuk siapa dan dalam situasi apa. Perkara ini penting untuk menggubal dasar polisi dan kemahiran. Ini bukan cabaran kecil. Bahan bukti yang relevan dalam bidang kesihatan planetari terdiri daripada kajian yang diterbitkan dan sastera kelabu yang amat luas dan melangkaui pelbagai disiplin dan sempadan penyelidikan kesihatan tradisional.
Kumpulan Tematik Kesihatan Planetari Cochrane mempunyai rangkaian lebih daripada 200 ahli, menyumbang kepada lingkungan projek dan inisiatif di seluruh dunia.
Pasukan kami
- Dr Miranda Cumpston, Pengarah Bersama. Australian Living Evidence Collaboration, Pusat Pengajian Kesihatan Awam dan Perubatan Pencegahan, Monash University, Australia
- Dr Maria-Inti Metzendorf, Pengarah Bersama. Institut Amalan Am, Fakulti Perubatan Heinrich-Heine Universiti , Düsseldorf, Jerman
- Cik Denise Thomson, Pengarah Bersama. University of Alberta, Kanada
Spoke Leads
- Amin Sharifan, Donau University Krems, Austria
- Dr Thomas Piggott, GRADE Planetary Health Group, McMaster University, Kanada
- Dr Grigoris Leontiadis, McMaster Univesity, Kanada
- Profesor Fiona A. Miller, University of Toronto, Kanada
- Dr Richard Webster, Kelestarian Penjagaan Kesihatan, Institut Penyelidikan CHEO, Kanada
- Profesor Thanya Pathirana, Griffith University, Australia
- Dr Susan Wieland, Perubatan Tradisional, George Washington University, Amerika Syarikat
- Dr Seilin Uhm, University of Southampton, UK
Rancangan kami
Usaha Kumpulan Kesihatan Planetari fokus kepada mensintesis bukti untuk pembuat keputusan. Antaranya adalah strategi untuk mengurangkan atau menyesuaikan diri dengan cabaran kesihatan planet, mencipta kaedah inovatif dan meningkatkan piawaian untuk penyelidikan iklim, dan meningkatkan kemampanan sistem kesihatan. Aktiviti semasa termasuk:
- Kaedah dan piawaian: Kami berhasrat untuk membangunkan, menginovasi dan memperhalusi metodologi yang sesuai dengan topik kesihatan planetari yang kompleks, memastikan ia teguh dan memenuhi piawaian tinggi Cochrane. Pasukan kami terdiri daripada para penyelidik dengan penglibatan dalam kumpulan kaedah Cochrane, penerbitan penyelidikan kaedah bebas dan pengarang bersama Buku Panduan Cochrane.
- Sokongan pengeluaran ulasan Kami berusaha untuk mengenal pasti perkara-perkara utama untuk sintesis dan sokongan pengeluaran ulasan sistematik keutamaan dan bermutu tinggi mengenai topik yang berkaitan dengan kesihatan planetari.
- Kolaborasi: Program bimbingan kami dan rangkaian ahli yang luas memudahkan kolaborasi dan interaksi, serta membolehkan ekuiti, kepelbagaian dan keterangkuman dalam semua aspek kerja kami.
- Kepakaran: Kami adalah pakar terkemuka dunia dalam kesihatan awam, kesihatan alam sekitar dan perubahan iklim serta metodologi sintesis bukti, dengan sambungan kepada institusi penyelidikan utama di seluruh dunia.
- Terjemahan ilmu: Kami menyampaikan bukti kepada komuniti saintifik dan pembuat keputusan, dan meneroka peluang untuk projek penggemblengan pengetahuan. Rekaan dan penyebaran kerja kami melibatkan pengguna tamat yang terdiri daripada orang awam dari pelbagai latar belakang.
Berita
Maklumat lanjut mengenai aktiviti semasa terdapat di laman web Cochrane Climate. Untuk menerima surat berita kami, sila hantare-mel kepada kami.
Hubungi kami
Kami mengalu-alukan ahli baharu dan berita tentang aktiviti semasa yang lain yang berkaitan dengan Kesihatan Planet. Untuk menghubungi atau penglibatan dengan Kumpulan Tematik Kesihatan Planet Cochrane, sila hubungi kami melalui e-mel.