Langkau ke kandungan utama

Kesihatan Seksual dan Reproduktif

Kumpulan Tematik Cochrane

Kumpulan Tematik Kesihatan Seksual dan Reproduktif ialah satu titik rujukan untuk doktor, pesakit dan orang awam, para penyelidik, pengarang ulasan semasa dan berpotensi, dan Unit Sintesis Bukti Cochrane.

Tentang kami

Kumpulan Tematik Kesihatan Seksual dan Reproduktif memberikan nasihat tentang cadangan kandungan Perpustakaan Cochrane, memastikan topik yang dicadangkan ini sejajar dengan keperluan klinikal, pembiaya dan ulasan pengguna.

Terdapat sejarah panjang kerjasama antara kumpulan Cochrane Review yang membentuk Kumpulan Tematik ini: Cochrane Gynecology and Fertility, Cochrane Jangkitan Seksual, Cochrane Kawalan Kesuburan, Cochrane Ginokologi, Neuro-oncology dan Kanser Jarang Dijumpai (kanser ginokologi sahaja) (kanser ginekologi sahaja) dan Cochrane Inkontinens (topik wanita sahaja). Kumpulan ini terdiri daripada ahli berkemahiran dan berpengetahuan tinggi yang berusaha untuk memastikan prinsip kerjasama, perkaitan, integriti dan kualiti Cochrane ditegakkan.

Pasukan kami

  • Cindy Farquhar, Pengerusi Kumpulan: University of Auckland (New Zealand)
  • Vanessa Jordan, Penyelaras Kumpulan: University of Auckland (New Zealand)
  • Alison Edelman, Oregon Health & Science University, Amerika Syarikat
  • Jo Morrison, Somerset NHS Foundation Trust, United Kingdom
  • Luke Vale
  • Madelon van Wely

Rancangan kami

Secara amnya, matlamat kami adalah untuk mewujudkan rangkaian doktor, pesakit dan orang awam, ahli metodologi dan para penyelidik dalam kesihatan seksual dan reproduktif wanita, untuk sokongan sintesis bukti dan aktiviti terjemahan pengetahuan di Cochrane.

Objektif utama

  • Menghasil senarai kajian-kajian utama yang dikenal pasti dalam bidang kami
  • Susun senarai ahli aktif Kumpulan Tematik dan bidang kepakaran mereka dan bekerjasama dengan Perkhidmatan Editorial Pusat untuk memastikan bahawa kepakaran ahli ini tersedia untuk perkhidmatan
  • Menyenarai ahli aktif yang berminat untuk mengarang bersama dengan Unit Sintesis Bukti Cochrane (ESU) dan bidang kepakaran mereka
  • Mewujudkan subkumpulan yang berminat dalam kalangan Kumpulan Tematik bagi mereka yang mempunyai kepakaran dalam penyebaran informasi untuk menyelaraskan usaha aktiviti penyebaran maklumat dan mengenal pasti laluan utama penyebaran maklumat
  • Wujudkan saluran komunikasi dengan ESU
  • Berhubung dengan Rangkaian Pesakit dan Awam Cochrane dan buat senarai kumpulan pesakit dengan hubungan dengan kumpulan Cochrane yang kini terdiri daripada Kumpulan Tematik untuk memastikan hubungan ini terus dipupuk
  • Mempromosikan dan mengadakan mesyuarat untuk kumpulan Kesihatan Seksual dan Reproduktif di persidangan
  • Menyediakan sesi latihan tentang jenis ulasan berbeza (contohnya, ulasan pantas, ulasan skop, ulasan intervensi , meta-analisis prospektif) untuk doktor perubatan dan para penyelidik.

Berita

Berita tentang Kesihatan Seksual dan Reproduktif Cochrane akan datang tidak lama lagi.

Hubungi kami

Hubungi melalui e-mel.