Langkau ke kandungan utama

Impak kami

Kerja kami telah menyelamatkan dan menambah baik kehidupan di seluruh dunia

Cochrane telah menambah baik kehidupan orang ramai dan kesihatan global selama lebih dari 30 tahun.

Rangkaian unik kami yang terdiri daripada penyelidik, ahli profesional kesihatan, pesakit dan individu berdedikasi telah memperbaik penjagaan kesihatan, keputusan rawatan dan ribuan nyawa di seluruh dunia.

Dalam bilangan

9,346

Ulasan Cochrane yang diterbitkan

125,000,000+

ulasan penuh Cochrane yang dibaca di Perpustakaan Cochrane dalam 10 tahun lepas

75%

Garis panduan baru WHO dalam 5 tahun yang lepas merujuk sekurang-kurangnya 1 ulasan Cochrane

54,272

terjemahan ringkasan bahasa mudah kami

20

bahasa-bahasa di mana kami berkongsi bukti kesihatan

49%

daripada penterjemah sukarela adalah dari negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana

158,000

Ahli dan penyokong Cochrane

2,500

individu dalam Rangkaian Pesakit dan Masyarakat kami

200

negara dan wilayah yang diwakili dalam rangkaian kami

Bagaimana kami memberikan impak

Kami telah menambah baik rawatan untuk penyakit yang mengancam nyawa

Kami telah menerbitkan lebih daripada 9,000 ulasan Cochrane mengenai pelbagai topik kesihatan. Penemuan kami telah mengubah amalan kesihatan di seluruh dunia, meningkatkan kadar kelangsungan hidup orang dengan malaria, batuk kering , kanser payudara dan kehilangan darah traumatik, orang dalam rawatan rapi, bayi pramatang, wanita hamil dan ramai lagi.

Kami telah membuat kemajuan dalam penjagaan keadaan kesihatan yang lazim

Ulasan Cochrane melangkaui perubatan kecemasan. Bukti kami telah mempengaruhi bagaimana kita dirawat untuk sakit belakang, kemurungan, Covid panjang, ekzema, penyakit Parkinson dan ADHD, untuk menamakan beberapa. Kami telah memajukan penjagaan rutin untuk pelbagai golongan termasuk wanita yang sedang bersalin, bayi baru lahir, individu yang memerlukan transfusi darah, kateter atau pemulihan, mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, dan warga emas yang mengalami jatuh atau jangkitan.

Kami telah meningkatkan rawatan dan kualiti hidup bagi sebahagian golongan yang rentan dalam masyarakat: mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, sejarah penderaan atau yang terpencil secara sosial. Kami bekerja untuk menjadikan penemuan kami boleh diakses oleh budaya dan konteks berbeza, supaya orang dari semua latar belakang boleh bermanfaat daripadanya, terutamanya mereka yang berada di negara-negara berpendapatan sederhana.

Kami telah mengesahkan bagaimana penyakit boleh dicegah

Kami telah mengesahkan cara berkesan untuk mencegah kanser payudara, malaria, HIV/AIDS, penyakit berkaitan tembakau, obesiti dan penyakit-penyakit lain, menyelamatkan berjuta-juta individu daripada penderitaan dan kerugian. Pencegahan lebih baik daripada mengubati.

Kami telah membuktikan apa yang tidak berkesan

Kami telah mengkaji prosedur yang ada, seperti persediaan sebelum kelahiran, rangsangan saraf tunjang dan penukaran kateter, untuk menilai sama ada terdapat asas kukuh untuk prosedur-prosedur tersebut. Kami mendapati bahawa beberapa amalan yang telah lama diamalkan tidak membantu – malah ada yang memudaratkan – dan banyak yang telah dihentikan. Ini telah menyelamatkan ramai orang dan ahli profesional kesihatan daripada prosedur yang tidak perlu, serta membolehkan penggunaan masa dan sumber yang lebih baik. Sebagai contoh, ulasan kami tentang ivermectin untuk mencegah dan merawat COVID-19 menunjukkan tiada bukti untuk menyokong penggunaannya. 

Kami telah mempromosikan tabiat yang menjadikan kami sihat

Penemuan kami telah mempengaruhi bagaimana orang dari serata pelosok menjaga kesihatan mereka setiap hari – seperti apa yang kita makan, cara kita menggosok gigi dan cermin mata yang kita pakai. Kami telah memberikan panduan tentang bagaimana bersenam dengan selamat, berhenti merokok dan mengambil alkohol dengan berkesan, serta mengekalkan dan memulihkan kecergasan fizikal dan mental pada semua peringkat kehidupan.

Kami telah menunjukkan bagaimana mengukuhkan pekerja kesihatan dan infrastruktur

Kami telah menunjukkan bagaimana membina daya tahan pekerja kesihatan dan mengurangkan tekanan mereka dalam menghadapi COVID dan krisis kesihatan yang lain. Kami telah menyemak alat dan teknologi baru, untuk melihat bagaimana ia boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mengukuhkan penjagaan dan sistem kesihatan. Kami telah mengenal pasti cara-cara berkesan untuk pesakit membantu meningkatkan penyampaian dan pembangunan perkhidmatan kesihatan, dan kami telah menilai strategi untuk memperbaik pengambilan vaksin di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Contoh-contoh impak

Ian Roberts discusses the impact of tranexamic acid research on Forces TV
Video: Kehilangan darah traumatik dan asid tranexamic

Kami menunjukkan bahawa asid tranexamic ialah ubat berkos rendah dan menyelamatkan nyawa, yang membantu menghentikan pendarahan. Ia kini digunakan secara rutin oleh perkhidmatan ambulans dan angkatan tentera di banyak negara, dan berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pregnant woman holding an ultrasound
Palsi serebrum: magnesium sulfat untuk melindungi bayi pramatang

Kami menunjukkan bahawa magnesium sulfat melindungi bayi pramatang daripada palsi serebrum. Ia kini diberikan secara meluas kepada wanita yang berisiko melahirkan anak pramatang. Kami telah mengesahkan bukti tersebut untuk menggalakkan lebih banyak negara memberikan rawatan itu.

Cochrane partners in discussion at a meeting
Video: Rakan kongsi Cochrane membincangkan kejayaan kami

Rakan kongsi kami di Pertubuhan Kesihatan Sedunia, organisasi garis panduan kesihatan dan penyelidikan di seluruh dunia menggambarkan peranan penting dan impak kerja Cochrane.

Baby in hospital
Bayi pramatang: terapi kafein untuk kelangsungan hidup dan pengurangan kecacatan

Kami menunjukkan bahawa terapi kafein meningkatkan kadar kelangsungan hidup dan mengurangkan kecacatan dalam kalangan bayi pramatang. Penemuan kami telah dimasukkan dengan segera ke dalam saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkenaan penjagaan bayi pramatang.

 a group of women, from a village a few kilometers from Ouagadougou, as they attend a demonstration lesson on the use of mosquito nets against malaria.
Malaria: penemuan daripada lebih 70 ulasan ke dalam garis panduan

Kami menunjukkan bahawa penggunaan kelambu yang dirawat dengan racun serangga mengurangkan kadar kematian kanak-kanak akibat malaria sebanyak 20%. Bukti dan kepakaran kami tentang malaria telah digunakan untuk membentuk garis panduan rawatan dan kawalan malaria WHO.

Colorized scanning electron micrograph of an apoptotic cell (pink) heavily infected with SARS-COV-2 virus particles (green), isolated from a patient sample.
COVID-19: “ulasan yang teliti, boleh dipercayai dan seimbang”

Ulasan kami tentang rawatan baru COVID-19 telah sama-sama memenangi Hadiah Harding Universiti Cambridge yang pertama untuk Komunikasi Berguna dan Boleh Dipercayai. Kami telah menerbitkan lebih daripada 70 sumber dalam 11 bahasa tentang COVID-19.

clinical guidelines on chronic obstructive lung disease - in print and on laptop
Penyakit paru-paru - mempengaruhi rawatan di seluruh dunia

Penyakit paru-paru obstruktif kronik merupakan punca kematian ketiga tertinggi di seluruh dunia. Inisiatif Global untuk Penyakit Paru-paru Obstruktif Kronik merangkumi lebih daripada 40 ulasan Cochrane dalam garis panduan rawatannya, yang paling banyak diikuti di seluruh dunia.

Side view of young pregnant woman looking at her belly while a doctor is checking baby with stethoscope in modern clinic
Induksi kelahiran di kawasan yang kekurangan sumber

Bukti kami memaklumkan garis panduan WHO yang bertujuan meningkatkan kualiti penjagaan dan hasil bagi wanita hamil yang menjalani induksi kelahiran di kawasan yang kekurangan sumber.

Female patient in hospital getting treatment by peripheral intravenous transfusion catheter
Penukaran kateter - mengurangkan kesakitan dan kos

Ulasan kami berkenaan penukaran jenis kateter tertentu langsung memaklumkan garis panduan UK, menyelamatkan jutaan pesakit hospital daripada kesakitan yang tidak perlu dan berpotensi menjimatkan £40 juta untuk NHS dalam tempoh 5 tahun.

Logo Matlamat Pembangunan Mampan PBBKerja kami untuk meningkatkan kesihatan global menyokong Matlamat Pembangunan Mampan

Semua kerja kami secara langsung membantu penghantaran Matlamat Pembangunan Mampan 3 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

Kerja kami mempunyai kesan riak yang meluas, yang mencapai kemajuan ke arah beberapa Matlamat Pembangunan Mampan yang lain, termasuk: Matlamat 4: Pendidikan berkualiti; Matlamat 5: Kesaksamaan jantina; Matlamat 6: Air bersih dan sanitasi; Matlamat 9: Industri, inovasi dan infrastruktur; Matlamat 10: Mengurangkan ketidaksamaan; Matlamat 16: Keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh; dan Matlamat 17: Perkongsian untuk matlamat.

Kami bekerjasama dengan pihak lain untuk membina dunia yang lebih baik melalui kesihatan global

Kami mempunyai perkongsian strategik yang rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kerajaan dan kementerian kesihatan nasional serta organisasi sintesis bukti yang lain termasuk Campbelldan JBI, yang membantu melipatgandakan impak penyelidikan kami.

Kerajaan nasional termasuk Australia, Denmark, Jerman dan UK memberikan dana penting untuk kerja kami, dan kumpulan antarabangsa kami bergantung kepada dana daripada universiti dan agensi tempatan untuk menjayakan kerja mereka. Kami menerima pendapatan daripada institusi penyelidikan dan pengajaran dalam bentuk geran dan langganan untuk perpustakaan kami, sumber pengajaran dan perisian penulisan ulasan. Kami juga menyediakan perkhidmatan ulasan yang disesuaikan untuk badan kesihatan awam dan organisasi yang lain.

Kami sentiasa berminat untuk mendengar daripada rakan kongsi dan penderma berpotensi yang berkongsi prinsip dan visi kami untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua.

Pentadbiran awam harus melakukan segala yang termampu untuk terus mempromosi dan mengukuhkan penjagaan kesihatan berasaskan bukti. Sejak penubuhannya pada tahun 1993, Cochrane telah menjadi piawaian global untuk kesihatan berasaskan bukti kerana kemampuannya menyediakan maklumat yang teliti untuk ahli profesional dan sistem kesihatan di seluruh dunia, menjadikan projek ini layak mendapat sokongan penuh kita.
Alberto Merchante-González, Ketua kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Sepanyol