Pemakanan dan Aktiviti Fizikal Cochrane menyediakan hab kepakaran mengenai intervensi dan strategi untuk mengurangkan beban penyakit yang berkaitan dengan pemakanan yang kurang bernutrisi dan ketidakaktifan fizikal dengan menyokong penjanaan dan sintesis bukti yang dikenal pasti sebagai keutamaan oleh pihak berkepentingan utama negara, serantau dan antarabangsa.
Tentang kami
Tugas ini memasukkan maklumat ke dalam kaedah yang diperlukan untuk sintesis berkesan dan cekap bagi impak intervensi kompleks, keterlibatan pihak berkepentingan dengan rakan kongsi global termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), serta pelaksanaan dan alihan pengetahuan dalam bidang-bidang ini.
Kumpulan utama yang bekerjasama dalam Kumpulan Tema ini ialah Cochrane Kesihatan Awam , Cochrane Jerman, Cochrane Pemakanan, serta sub-kumpulan Pemakanan dan Keselamatan Makanan Kolaborasi Campbell.
Skop topik
Skop topik kami termasuk:
1. Intervensi atau strategi berkaitan pemakanan prioriti untuk memperbaik diet dan pemakanan pada peringkat individu, komuniti dan populasi untuk mengurangkan beban tiga serangkai malnutrisi (kurang pemakanan, kekurangan mikronutrien dan berat badan berlebihan) dan akibatnya yang berkaitan, ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan yang berkaitan dengan pemakanan dan kesihatan. Ini termasuk intervensi atau strategi yang berkaitan dengan:
- diet (kuantiti, kualiti, kepelbagaian, keselamatan, kecukupan)
- tingkah laku pesakit dan orang awam (pilihan dan kesedaran yang berkaitan dengan memperoleh, menyediakan, memasak, menyimpan dan memakan makanan)
- persekitaran makanan (ketersediaan, akses, kemampuan, kebolehterimaan, maklumat, garis panduan dan pengiklanan, keselamatan dan kualiti makanan, syarat-syarat dasar)
- bekalan makanan (runcit, pemasaran, pembungkusan, pemprosesan, pembuatan, penyimpanan, perdagangan, pengeluaran).
2. Populasi prioriti atau intervensi aktiviti fizikal peringkat komuniti, dan/atau aktiviti untuk mengurangkan kelakuan sedentari, dalam konteks empat kategori yang lebih luas untuk tindakan yang ditakrifkan dalam WHO Pelan Tindakan Global Tentang Aktiviti Fizikal 2018-2030: 1) mewujudkan masyarakat yang aktif; 2) mewujudkan persekitaran yang aktif; 3) mewujudkan komuniti yang aktif, dan; 4) mewujudkan sistem yang aktif. Ini termasuk:
- Intervensi yang beroperasi di peringkat populasi (bukan individu) (komuniti, sistem, dasar, perundangan dan peraturan, serta strategi atau pelan tindakan aktiviti fizikal negara tunggal dan berbilang negara)
- Intervensi dalam seting di luar penjagaan kesihatan (pendidikan, pengangkutan, persekitaran binaan, pertanian, penjagaan kanak-kanak dan perkhidmatan sosial)
- strategi untuk memperbaik alihan intervensi aktiviti fizikal ke dalam dasar dan amalan
- penaksiran laluan, kaedah, kesan dan pendekatan penilaian intervensi aktiviti fizikal yang dikembangkan ke peringkat populasi.
Perkara-perkara berikut secara amnya akan dianggap sebagai di luar skop:
- intervensi aktiviti fizikal untuk pengurusan individu, rawatan atau pencegahan bersasar keadaan klinikal tertentu, mahupun sebagai sebahagian daripada program pemulihan
- farmaseutikal sahaja atau ubat-ubatan dan produk herba
- tumbuhan atau komponen lain yang tidak digunakan secara rutin dalam makanan (contohnya, Echinacea)
- aplikasi bukan pemakanan bagi nutrien atau komponen makanan bioaktif (contohnya, aplikasi topikal).
Kumpulan ini berminat untuk meliputi intervensi dan strategi berbilang komponen dalam menangani beban utama kesihatan global yang berkaitan dengan pemakanan kurang baik, tingkah laku sedentari dan faktor-faktor risiko yang berkaitan dalam persekitaran di mana golongan dari semua peringkat umur makan, bergerak, bermain, membesar, bekerja, hidup dan meningkat umur. Contoh termasuk pencegahan obesiti, strategi berdasarkan keadaan dan tindakan pelbagai sektor untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Ulasan yang disokong harus mempunyai tumpuan yang besar untuk mengurangkan ketidaksamaan dan menangani keperluan golongan dan kumpulan populasi yang mudah terjejas dan kurang bernasib baik.
Pasukan kami
- Celeste Naude, Pengarah Kumpulan: Pusat Penjagaan Kesihatan Berasaskan Bukti, Universiti Stellenbosch, Afrika Selatan
- Luke Wolfenden, Pengarah Kumpulan: Pusat Pengajian Perubatan dan Kesihatan Awam, Universiti Newcastle, Australia
- Hayley Christian, Eksekutif Kumpulan: Institut Kanak-kanak Telethon dan Pusat Pengajian Kesihatan Populasi dan Global, Universiti Australia Barat, Australia
- Solange Durao, Eksekutif Kumpulan: Unit Penyelidikan Sistem Kesihatan, Majlis Penyelidikan Perubatan Afrika Selatan, Afrika Selatan
- Sam McCrabb, Eksekutif Kumpulan: Pusat Pengajian Perubatan dan Kesihatan Awam, Universiti Newcastle, Australia
- Lukas Schwingshackl, Eksekutif Kumpulan: Institut Bukti dalam Perubatan, Universiti Freiburg, Jerman
Rancangan kami
Visi kami adalah untuk menjadi pusat bebas yang diiktiraf global untuk sintesis bukti sejajar dengan skop kami.
Matlamat kami
- Menyokong dan membolehkan pembuatan keputusan berdasarkan bukti untuk dasar dan amalan dengan memajukan penyediaan dan impak sintesis bukti yang berkualiti tinggi dan relevan.
- Menjadi komponen yang kolaboratif dan mampan dalam ekosistem Cochrane demi menghasilkan bukti yang berkualiti tinggi dan terpercaya
- Menambah nilai nyata terhadap visi Cochrane bagi dunia dengan kesihatan yang lebih baik untuk semua.
Objektif-objektif kami
Objektif-objektif kami termasuk:
- Meningkatkan relevan, ketepatan masa dan kualiti sintesis bukti yang sejajar dengan skop kami melalui keterlibatan secara aktif dalam penetapan keutamaan bersama pengguna bukti utama dan pembuat keputusan, menghasilkan sintesis bukti berkualiti tinggi untuk topik prioriti, dan mengukuhkan kaedah untuk sintesis bukti yang boleh dipercayai dan penggunaan bukti yang berkaitan dengan persoalan mengenai pemakanan dan aktiviti fizikal.
- Meningkatkan impak dan kebolehlihatan sintesis bukti Cochrane sejajar dengan skop kami merentas semua khalayak sasaran melalui alihan pengetahuan yang diselaraskan, dan membina permintaan untuk pembuatan keputusan berdasarkan bukti merentas semua golongan yang terlibat dalam ekosistem pembuatan keputusan tentang kesihatan.
Berita
Berita tentang Cochrane Pemakanan dan Aktiviti Fizikal akan diterbitkan tidak lama lagi.
Hubungi kami
Untuk hubungi Kumpulan Tematik Cochrane Pemakanan dan Aktiviti Fizikal, e-mel kami.