Langkau ke kandungan utama

Transkrip: Impak bukti Cochrane mengenai asid tranexamic untuk kecederaan traumatik akut

Asid Tranexamic: ubat kos rendah yang menyelamatkan nyawa

Bukti kesihatan Cochrane: Memberi kelainan

[Setiap tahun, 600,000 pesakit di seluruh dunia mati akibat pendarahan]

Ian Roberts, penulis ulasan Cochrane, Cochrane Kecederaan: "Kecederaan trauma merupakan salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Ramai pesakit yang mengalami kecederaan traumatik mati akibat pendarahan."

[Kumpulan Cochrane Kecederaan menunjukkan bahawa kematian berkurang sebanyak 10% apabila pesakit diberikan asid tranexamic]

[Asid Tranexamic (TXA) adalah ubat yang boleh dibeli tanpa perskripsi untuk pendarahan haid yang banyak dan ia digunakan di hospital untuk pembedahan ortopedik]

“Apa yang kami dapati adalah ia mengurangkan risiko kematian akibat pendarahan tanpa risiko dalam peningkatan trombosis, jadi ini merupakan satu hasil yang sangat memberangsangkan.”

[Penggunaan TXA secara meluas boleh menyelamatkan 128,000 nyawa setiap tahun]

"Kami tidak menemui sebarang bukti kesan sampingan. Jadi, jika anda mempunyai ubat yang membantu pembekuan darah, anda pastinya bimbang yang ia akan menyebabkan darah beku di tempat yang anda tidak mahu, lalu menyebabkan trombosis. Kos untuk merawat seorang pesakit yang mengalami pendarahan adalah £3. Ia kini mengurangkan risiko mereka untuk mati akibat pendarahan sebanyak satu per enam. Terdapat sangat sedikit cara yang lebih murah untuk menyelamatkan nyawa selain daripada ini.

[Berdasarkan keputusan ulasan Cochrane ini, tentera British mula menggunakan TXA. TXA kini digunakan oleh Amerika Syarikat, NATO dan angkatan bersenjata yang lain di seluruh dunia.]

[Banyak perkhidmatan ambulans nasional kini menggunakan TXA. Ia telah dimasukkan ke dalam senarai ubat-ubatan penting WHO.]