Syarat dan Terma ini menetapkan apa yang anda boleh harapkan daripada Cochrane ("kami") dari segi perkhidmatan atau manfaat yang disediakan untuk Ahli ("anda"). Ia juga menetapkan peraturan-peraturan yang harus anda persetujui untuk mendapatkan keahlian Cochrane.
Bermula dari 3 Mac 2025
Kolaborasi Cochrane Artikel Persatuan menetapkan definisi undang-undang kami dan butiran terperinci berkenaan keahlian. Syarat dan Terma ini menyediakan butir praktikal lebih lanjut untuk Ahli-ahli, tetapi ia tidak menggantikan Artikel Persatuan.
Cochrane ialah syarikat terhad melalui jaminan dan badan amal berdaftar UK (nombor 1045921) yang pejabat berdaftarnya terletak di 11-13 Cavendish Square, London, W1G 0AN, United Kingdom.
1. Definisi keahlian
"Ahli" Cochrane adalah seseorang individu yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan dalam perenggan 2 Syarat dan Terma ini dan telah mengesahkan penerimaan Syarat dan Terma ini.
2. Kelayakan untuk menjadi Ahli
Kami mengendalikan sistem keahlian berasaskan sumbangan. Anda akan layak menjadi Ahli Cochrane untuk tempoh masa yang ditetapkan setelah anda menyumbang secara substantif kepada Cochrane dengan melengkapkan aktiviti sukarelawan, atau dengan menerbitkan di Perpustakaan Cochrane, atau dengan menjalankan peranan teras dalam Kumpulan Cochrane.
Keahlian Cochrane terbuka kepada sesiapa yang telah mencapai ambang keahlian yang diperlukan, diperincikan di laman web kami, kecuali yang digunakan pada masa kini oleh:
- syarikat farmaseutikal; dan
- syarikat peranti perubatan
Pekerja-pekerja yang bertugas dalam industri ini dianggap mempunyai potensi konflik kepentingan dalam usaha Cochrane dan oleh itu mereka tidak layak untuk menjadi Ahli Cochrane. Kami berhak untuk mengemaskini dan memperluas kriteria kelayakan selaras dengan perenggan 12 Syarat dan Terma ini.
3. Komitmen Ahli
Dengan menerima keahlian, anda akan:
- berkomitmen untuk mematuhi peraturan, prinsip, dasar dan pengawalan Cochrane seperti yang ditentukan oleh Lembaga Tadbir, mengambil kira terutama sekali liabiliti terhad Ahli dalam kejadian yang tidak dijangka Cochrane berhenti beroperasi, seperti yang dinyatakan dalam seksyen 29 Artikel Persatuan .
- mengesahkan bahawa anda layak untuk menjadi Ahli seperti yang dinyatakan dalam perenggan 2 Syarat dan Terma ini, dan bahawa anda akan memaklumkan kepada kami sekiranya, kelak, anda tidak lagi layak.
4. Keahlian hendaklah diperolehi
Keahlian adalah pengiktirafan sumbangan anda kepada Cochrane. Adalah tidak mungkin untuk membayar demi mendapatkan keahlian; anda hanya boleh mendapatkan keahlian melalui sumbangan.
5. Manfaat Ahli
Manfaat-manfaat semasa termasuk, tetapi tidak semestinya terhad kepada:
- hak untuk berkongsi lencana digital Keahlian Cochrane anda dan sumber keahlian yang lain (untuk kegunaan peribadi sahaja)
- hak untuk menjadi calon bagi jawatan-jawatan internal pentadbiran.
- hak untuk mengundi dalam pilihanraya Cochrane dan di mesyuarat agung.
- diskaun untuk langganan Cochrane tertentu.
Manfaat Ahli tidak boleh dipindah milik.
6. Komunikasi Ahli
Sebagai ahli anda akan menerima buletin emel keahlian yang akan merangkumi maklumat penting mengenai jawatan-jawatan internal pentadbiran yang ada, pengundian, AGM dan maklumat lain yang berkaitan dengan keahlian anda. Untuk menerima e-mel ini, anda mesti telah memilih untuk menerima komunikasi promosi.
Kami juga akan menghantar e-mel berkenaan keahlian anda, contohnya, peringatan untuk melengkapkan sumbangan bagi mengekalkan keahlian anda, jika anda layak untuk keahlian sepenggal lagi atau jika keahlian anda telah tamat tempoh. E-mel bukan promosi ini akan dihantar tanpa mengira sama ada anda telah memilih untuk menerima komunikasi promosi daripada Cochrane.
7. Tempoh Keahlian
Keahlian standard adalah terhad masa. Terma Keahlian berbeza-beza bergantung kepada sumbangan yang diberikan, seperti yang diperincikan di laman web kami. Anda akan dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan Keahlian yang akan tamat tempoh supaya anda boleh membuat sumbangan lanjut untuk mengekalkan status Keahlian anda. Jika keahlian anda telah tamat, anda tidak lagi layak untuk menerima manfaat Keahlian seperti yang ditetapkan dalam perenggan 5 Syarat dan Terma ini.
Keahlian berasaskan peranan adalah terhad kepada tempoh peranan anda dalam Kumpulan Cochrane. Apabila seseorang meninggalkan peranan mereka, Cochrane boleh memberikan Keahlian terhad masa berikutnya mengikut budi bicara.
Keahlian Sepanjang Hayat dan Keahlian Emeritus tidak terhad masa dan hanya dicapai melalui proses pencalonan yang ditetapkan dalam maklumat kami untuk Kumpulan Cochrane.
8. Hak kami untuk menolak atau menarik balik Keahlian
Selaras dengan klausa 4 kami Artikel Persatuan, Lembaga Pentadbiran berhak untuk menolak atau menarik balik Keahlian seseorang individu.
9. Hak anda untuk menamatkan Keahlian anda
Anda boleh membatalkan Keahlian anda pada bila-bila masa dengan menghubungi support@cochrane.org. Apabila keahlian anda telah dibatalkan, anda tidak lagi berhak untuk manfaat-manfaat Keahlian seperti yang ditetapkan dalam perenggan 5 Terma dan Syarat ini.
10. Kebolehpindahan
Keahlian tidak boleh dipindah milik.
11. Pertanyaan, komen dan aduan
Matlamat kami adalah untuk menjawab sebarang pertanyaan atau aduan yang diterima dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Ini mungkin merupakan pengakuan bahawa kami telah menerima pertanyaan atau aduan sementara siasatan lanjut dijalankan.
Anda boleh hubungi kami:
- melalui e-mel: support@cochrane.org;
- melalui telefon: +44(0)207 183 7503 (talian dibuka Isnin-Jumaat 9 pagi-5 petang waktu UK) (tidak termasuk cuti umum UK); atau
- melalui pos: Cochrane, 11-13 Cavendish Square, London, W1G 0AN, UK.
12. Variasi
Kami mungkin mengubah Syarat dan Terma ini pada bila-bila masa setelah memberikan anda notis bertulis 14 hari. Edisi terbaharu Syarat dan Terma ini sah untuk semua Ahli.