Setiap kali anda menjadi sukarelawan dengan Cochrane, anda memperoleh mata untuk keahlian anda.
Bekerjasama adalah jantung Cochrane. Kami menawarkan keahlian Cochrane kepada semua yang menyumbang kepada kerja kami. Keahlian ialah cara kami mengucapkan terima kasih atas segala yang anda lakukan untuk membantu memperbaik penjagaan kesihatan.
Manfaat Keahlian Cochrane
- Pengiktirafan: Keahlian Cochrane adalah tambahan yang berharga kepada vitae kurikulum atau portfolio kerjaya anda. Ia menunjukkan komitmen terhadap perubatan berasaskan bukti yang diiktiraf meluas.
- Perwakilan: Ahli membantu membentuk masa depan Cochrane. Ahli boleh mengundi dalam pilihan raya kami, melibatkan diri dalam cara pengendalian dan bersuara dalam penetapan strategi kami.
- Perkembangan peribadi: Keahlian Cochrane adalah cara terbaik untuk mendapat kemahiran baharu dan melanjutkan pengalaman anda dalam komuniti saintifik.
- Penjimatan kos: Ahli menerima diskaun 45% ke atas'Menjalankan kursus Ulasan Sistematik' dan diskaun 10% untuk RevMan, ulasan sistematik kami dan perisian meta-analisis.
Video: Keahlian Cochrane (1 minit)
Bagaimana keahlian Cochrane berfungsi
Keahlian Cochrane adalah berdasarkan mata. Setiap kali anda sukarela meluangkan masa untuk menyokong kami, anda menerima mata. Contohnya, apabila anda bekerja di Cochrane Crowd, anda menerima 1-2 mata setiap rekod yang anda saring. Apabila anda memberi maklum balas tentang ulasan Cochrane berdasarkan pengalaman kesihatan hidup anda, anda mendapat 500 mata. Apabila anda menerbitkan ulasan Cochrane, anda mendapat 3,000-5,000 mata. Mata akan tamat tempoh selepas 12 bulan.
Anda akan menerima keahlian 1-tahun apabila anda mencapai 1,000 mata. Apabila anda mendapat 3,000 mata, anda akan menerima keahlian 3-tahun, dan apabila anda mendapat 5,000 mata, anda akan menerima keahlian 5-tahun. Apabila keahlian anda tamat, ia akan diperbaharui secara automatik jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 mata.
Saya menjadi Ahli Cochrane dengan bersukarela menawarkan diri untuk tugas yang dipos di Cochrane Engage. Peluang ini telah membantu saya bekerjasama dengan penyelidik di seluruh dunia dan memberi saya akses kepada sumber latihan yang tidak ternilai.
Jacqueline Thompson, UK
Mulalah mendapatkan mata untuk keahlian Cochrane
Jika anda belum ada akaun Cochrane, anda boleh mendaftar secara percuma.
Lihat bagaimana anda boleh menjadi sukarelawan dan mendapat mata keahlian.
Setiap ahli mesti bersetuju dengan Terma dan Syarat keahlian. Ini termasuklah pengesahan anda tidak bekerja untuk syarikat farmaseutikal atau peranti perubatan, atas sebab-sebab konflik kepentingan. Anda boleh menjejaki sumbangan dan rekod mata anda dalam .
Saya memperoleh dan mengekalkan keahlian Cochrane sejak 2018 dengan menyaring lebih dari 3500 rekod di Cochrane Crowd. Sebagai doktor pelatih di India, saya menghargai Keahlian Cochrane saya sebagai bukti komitmen peribadi terhadap perubatan berasaskan bukti sejak awal kerjaya akademik. Ia juga memberi saya akses berkos rendah kepada latihan Cochrane dalam menjalankan ulasan sistematik.
Ahmad Ozair, India
Tambahkan sumbangan kepada rekod anda
Sistem keahlian kami secara automatik menangkap banyak sumbangan kerja Cochrane, termasuk penerbitan, ulasan rakan sebaya dan tugasan yang diselesaikan dalam Cochrane Crowd, Cochrane Engage dan Frasa. Untuk memberitahu kami tentang sebarang sukarelawan tambahan yang telah anda lakukan untuk Cochrane, sila gunakan ini borang sumbangan supaya kami boleh mengemas kini rekod anda. Anda perlu mendaftar untuk akaun Cochrane atau log masuk ke akaun anda.
Semasa saya mula belajar perubatan, semua profesor dan rakan sekerja saya bercakap tentang Komuniti Cochrane. Saya menetapkan matlamat yang jelas untuk diri saya, saya akan berada dalam Komuniti Cochrane: Ahli Cochrane. Saya mendapat keahlian dengan bersukrela untuk tugasan di Cochrane Engage. Keahlian adalah lebih besar dari apa yang saya fikirkan, saya rasa saya adalah sebahagian daripada kilang ilmu perubatan yang hebat!
Zain Douba, Republik Arab Syria
Hubungi kami
Jika anda ada sebarang soalan tentang Keahlian Cochrane, lihat halaman Hubungi kami .