Langkau ke kandungan utama

Strategi saintifik kami

Fokus kami adalah penyebaran bukti yang boleh dipercayai kepada pihak yang memerlukan, untuk manfaat orang ramai.

Strategi saintifik kami 2025-2030

Muka depan Membina masa depan yang lebih sihat: Strategi saintifik Cochrane 2025-2030Sepanjang 30 tahun yang lalu, Cochrane telah menerbitkan lebih 9,000 ulasan sistematik dan menaikkan reputasi sebagai salah satu sumber bukti kesihatan yang paling dipercayai. Ulasan kami menjadi garis panduan piawaian serta meningkatkan kualiti hidup, daripada memastikan permulaan terbaik seawal umur bayi pramatang hingga mencegah kejatuhan dalam kalangan warga emas.

Kini kami ingin melangkah lebih jauh untuk mengatasi masalah kritikal disebabkan oleh jurang kesihatan yang masih luas di seluruh dunia. Strategi saintifik baharu kami 2025-2030, 'Membina masa depan yang lebih sihat' fokus pada menangani isu jurang kesihatan global yang utama, menghasilkan bukti yang relevan bersama dan untuk pihak yang paling memerlukan.

Strategi saintifik kami memberi tumpuan kepada empat fokus penyelidikan utama bagi menangani cabaran kesihatan yang utama, disokong oleh empat komitmen asas yang menjadi tunjang kepada usaha ini.

Keutamaan penyelidikan kami

  • Kesihatan ibu, bayi dan kanak-kanak: kami komited untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan ibu serta anak-anak di seluruh dunia, sambil menangani jurang ketara dalam kesihatan antara populasi yang berbeza.
  • Pelbagai keadaan kronik: kami akan memperbaiki kehidupan orang yang hidup dengan pelbagai penyakit kronik, mengenal pasti pendekatan yang berkesan untuk menyediakan penjagaan berpusatkan orang dan mencegah penyakit selanjutnya.
  • Penyakit berjangkit: kami akan melengkapkan orang di seluruh dunia dengan bukti yang mereka perlukan untuk melindungi diri daripada ancaman sedia ada dan yang akan muncul.
  • Perubahan iklim dan kemampanan: Kami akan meningkatkan pemahaman kami tentang hubungan yang kompleks antara perubahan iklim dan kesihatan manusia untuk membantu orang ramai menghadapi kesan kesihatan akibat perubahan iklim dengan lebih baik.

Komitmen kami

  • Inovasi dalam kaedah: kami akan meningkatkan kepakaran kami untuk membangunkan kaedah penyelidikan inovatif, termasuk memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI).
  • Menggalakkan ekuiti kesihatan: usaha kami dipandu oleh keinginan untuk mempromosikan ekuiti kesihatan, membentuk soalan dan cara kami berkongsi penemuan kami.
  • Kerjasama dan penglibatan: kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi global, agensi kebangsaan, dan pesakit tempatan serta orang ramai untuk memacu perubahan transformatif.
  • Memperjuangkan integriti penyelidikan: kami akan mengekalkan dan mengukuhkan kepimpinan kami dalam integriti penyelidikan supaya kami terus menghasilkan bukti yang boleh dipercayai.