Rangkaian Profesional Kerjaya Awal bertujuan menyediakan ahlinya peluang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran mereka dengan menyediakan platform untuk rangkaian antarabangsa dengan profesional kerjaya awal atau ahli lain dalam komuniti Cochrane.
Kami berhasrat untuk memfokus kepada pembangunan kemahiran kepimpinan bagi ahli kerjaya awal komuniti Cochrane dan menggalakkan penglibatan aktif Profesional Kerjaya Awal dalam membentuk misi dan visi komuniti Cochrane.
Objektif-objektif kami
Semua aktiviti Rangkaian Profesional Kerjaya Awal Cochrane boleh dikelaskan dalam empat objektif teras:
1. Rangkaian antarabangsa dengan bertukar-tukar pengetahuan, pengalaman, dan idea ahli, mempromosi interaksi antara ahli, dan memperbaik kemungkinan untuk kolaborasi penyelidikan .
2. Mewakili para pelatih dengan memudahcara kolaborasi rapat dengan komuniti Cochrane, membolehkan penglibatan aktif ahli Cochrane Profesional Kerjaya Awal dalam membentuk misi dan visi komuniti Cochrane.
3. Penglibatan aktif pesakit dengan meneroka bagaimana kami, sebagai komuniti saintifik, boleh meneroka kolaborasi dengan pesakit (lebih muda) dengan lebih baik dalam projek dan penyelidikan.
4. Terjemahan pengetahuan dengan menyiasat cara ulasan Cochrane diguna dan bagaimana kami boleh memaksimumkan penyebaran keputusan, dengan kolaborasi komuniti Cochrane.
Aktiviti kami
Rangkaian Profesional Kerjaya Awal menganjurkan aktiviti regular, termasuk kelab jurnal, pertemuan dalam talian, serta penglibatan aktif di Kolokium Cochrane tahunan.
Peristiwa lalu
Lihat Profesional Kerjaya Awal senarai main di saluran Youtube Cochrane untuk rakaman kelab jurnal lalu dan pertemuan dalam talian.
Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas bagaimana Rangkaian Profesional Kerjaya Awal boleh memberi perkhidmatan lebih baik kepada ahli dan komuniti serta cadangan-cadangan untuk aktiviti baharu. Lihat bagaimana menghubungi kami.
Surat berita kami
Langgan surat berita Rangkaian Profesional Kerjaya Awal untuk 'kedai serenti' sumber, latihan, peristiwa, peluang, ciri dan blog yang relevan dengan para penyelidik kerjaya awal. Daftar untuk akaun Cochrane dan daftar untuk semua surat berita yang anda minati, termasuk surat berita Rangkaian Profesional Kerjaya Awal.
Arkib surat berita
2025
2023
Kumpulan pemandu kami
Dr Elpida Vounzoulaki (Pengerusi)
Dr Elpida Vounzoulaki ialah Pakar Epidemiologi Pasca Kedoktoran di Unit Bukti Dunia Nyata Leicester, Pusat Penyelidikan Diabetes, Universiti Leicester. Beliau mempunyai latar belakang yang kukuh dalam amalan klinikal dan penyelidikan, setelah lulus dengan BSc(Kepujian) dalam Kejururawatan, MSc dalam Penyelidikan Perubatan, dan PhD dalam Epidemiologi Diabetes. Elpida telah dianugerahi Anugerah Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran (DSE) NIHR yang berprestij untuk meningkatkan kemahirannya dalam sains data kesihatan, khususnya di sekitar Kecerdasan Buatan. Minat utamanya termasuk komplikasi kardiometabolik, keadaan kesihatan wanita dan epidemiologi dunia nyata.
Ahmad Sofi Mahmudi
Ahmad ialah seorang doktor gigi, berkelulusan dari Sekolah Pergigian Shahid Beheshti di Tehran, Iran. Beliau bekerja sebagai ahli kumpulan pemandu Cochrane Iran dan pengurus penterjemah sukarela. Selain itu, beliau ialah ahli pemandu Pusat Penyelidikan Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Pergigian (NCDRC) Iran, pengasas dan pengurus projek Dahaan (menyampaikan cadangan bukti pergigian bermaklumat kepada komuniti Iran), dan ahli projek Pilihan Kesihatan Termaklum (IHC). Bidang yang diminatinya ialah bukti penjagaan kesihatan termaklum, dasar dan pengurusan kesihatan dan ketidaksamaan kesihatan oral .
Ana Beatriz Pizarro
Ana Beatriz Pizarro ialah Jururawat terlatih dari Colombia, dengan kepakaran dalam sintesis bukti, kaedah ulasan sistematik dan inisiatif terjemahan pengetahuan dengan komitmen terhadap ekuiti kesihatan dan kepelbagaian. Beliau diperakui dalam Penyelidikan Klinikal melalui Harvard TH Sekolah kesihatan awam Chan. Beliau kini bekerja sebagai Pegawai Pelaksana Sintesis Masa Depan Bukti di Pasukan Eksekutif Pusat Cochrane dan bergabung dengan Jabatan Sistem Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), beliau berminat meningkatkan dan melindungi kualiti hidup keluarga dan komuniti di selatan global. Beliau merupakan ahli Lembaga Editorial Perpustakaan Cochrane yang lalu.
João Vitor Ziroldo Lopes
João Vitor Ziroldo Lopes ialah seorang doktor perubatan dari Sekolah Perubatan Universiti São Paulo di Brazil, graduat 2023. Minat utamanya ialah Perubatan Dalaman dan Pendidikan Perubatan, memfokus terutamanya kepada penggunaan ujian makmal berasaskan bukti. Beliau berhubung dengan Cochrane semasa latihan perubatannya melalui kursus dan kuliah dalam taliannya dan mencuba sedaya mungkin untuk melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan berasaskan bukti. Matlamat utama beliau adalah untuk mempromosi pendekatan berpandu kepada bukti yang lebih mudah diakses untuk pelajar di seluruh dunia semasa latihan.
Dr Vaibhav Sahni
Dr Vaibhav Sahni memegang dwi pengkhususan dalam bidang Pembedahan Oral dan Maksilofasial serta Periodontik. Beliau juga memegang MFDS RCPS (Glasg), MFDS RCSEd, MFDS RCS(Eng) dan FDS RCS(Eng). Bidang kepakaran beliau termasuk, sebagai tambahan kepada bidang kesihatan oral umum, kecederaan maksilofasial, diagnostik titik penjagaan, interaksi sistemik mulut, interaksi mikrob perumah, penyelesaian keradangan serta sistem pengiraan yang berkaitan dengan kesihatan oral dan pemulihan.
Dr Alexis 'Ceecee' Britten-Jones
Dr Alexis 'Ceecee' Britten-Jones ialah felo penyelidikan pasca kedoktoran bidang oftalmologi dan penyelidikan penglihatan di Universiti Melbourne, Australia. Fokus penyelidikan utamanya ialah penyakit mata genetik dan terapi gen. Minat penyelidikannya yang lebih luas termasuklah reka bentuk dan hasil kajian klinikal, pelaksanaan penyelidikan, dan metodologi sintesis bukti. Sebagai pakar klinisian-optometris, Ceecee bersemangat untuk membangun kaedah praktikal untuk merapatkan jurang antara bukti dan pelaksanaan penjagaan klinikal . Ceecee juga merupakan penyokong kuat untuk komunikasi sains berkesan dan terbuka kepada penglibatan dan kolaborasi dengan orang lain dalam rangkaian Cochrane.
Dr Ariel Yuhan Ong
Ariel ialah felo kedoktoran NIHR di Institut Oftalmologi, Kolej Universiti London, dan pendaftar kanan oftalmologi di Hospital Mata Oxford. Beliau telah terlibat dalam komuniti Cochrane sejak 2016, dan telah mengetuai dua ulasan dengan kumpulan Cochrane Mata and Visi. Penyelidikan kedoktorannya memfokus kepada validasi klinikal, keselamatan dan bias diagnostik kecerdasan buatan, menggunakan oftalmologi sebagai contoh. Minat penyelidikannya yang lebih luas termasuklah penyakit retina, pengimejan retina, dan sintesis bukti.
Amin Sharifan
Amin ialah calon PhD di Universiti untuk pendidikan Berterusan Krems. Dengan latar belakang sebagai ahli farmasi hospital PharmD, beliau berpengalaman klinikal dalam penjagaan pesakit merentasi pelbagai tetapan, termasuk wad pembedahan vaskular, urologi dan pembedahan saraf, serta unit penjagaan intensif dan jabatan kecemasan. Dalam Cochrane, Amin berkhidmat sebagai ketua jurucakap bagi Kumpulan Tematik Kesihatan Planetari Cochrane. Beliau telah berkolaborasi dengan beberapa kumpulan, termasuk Kumpulan Cochrane Hepato-Biliary, menyumbang kepada penemuan terbaharu daripada Projek VAKSIN HIDUP, dan bekerjasama dengan Cochrane Sweden dalam pelbagai inisiatif. Sumbangan beliau juga merangkumi penulisan Jawapan Klinikal Cochrane dan mencipta blog bermaklumat untuk Pertolongan Cemas Cochrane. Amin komited untuk melibatkan diri dengan pesakit dalam projeknya, memastikan perspektif mereka disepadukan ke dalam kerjanya. Beliau percaya perubatan berasaskan bukti boleh merapatkan jurang antara komuniti perubatan dan orang awam, dan berdedikasi untuk mempromosi prinsip-prinsip melalui usaha profesionalnya.
Soumya Shivananda
Soumya ialah pembantu penyelidikan dalam kumpulan privasi data kesihatan di Institut Kesihatan Berlin di Charité, Jerman. Beliau berusaha dalam mengenal pasti keperluan pihak berkepentingan utama dalam rekod kesihatan elektronik (EHR) dan komited untuk memacu inovasi dan efisiensi dalam penyampaian penjagaan kesihatan. Beliau berasal dari India dan mendapat ijazah perubatan daripada Kolej Perubatan dan Pusat Penyelidikan Dr. DY Patil, Pune, India, dan melanjutkan pengajian Sarjana dalam Epidemiologi di Universiti Utrecht, Belanda. Beliau sebelum ini pernah bekerja dalam pelbagai industri berasaskan kesihatan dan pemakanan. Di sebalik kegiatan kerjayanya, beliau gembira dalam mengekspresi diri melalui nyanyian.
Dr Bahaaeldin Baraka
Bahaaeldin Baraka kini bekerja sebagai Pakar Onkologi di Hospital Universiti Nottingham. Sepanjang beberapa tahun, Dr Baraka telah mengumpul banyak pengalaman dalam penjagaan komprehensif pesakit kanser dan aktif menyumbang kepada penyelidikan kanser. Dr Baraka terlibat secara mendalam dalam banyak kajian klinikal Fasa III yang berkaitan dengan kanser sebagai sub-penyiasat, dan sumbangan tambahannya meliputi penyelidikan yang diterbitkan dalam domain onkologi. Bidang tumpuan utama berkisar tentang menjalankan ulasan sistematik dan menilai kualiti bukti dalam konteks garis panduan kanser, serta meningkatkan penjagaan pesakit.
Dr Lucy Elauteri Mrema
Lucy adalah penyelidik diabetes dari Tanzania. Lucy ialah pelajar Ph.D. dan penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan - Mbeya. Bersemangat tentang penyelidikan diabetis di sub Sahara Afrika, kerja-kerja Lucy tertumpu kepada pemahaman faktor sosiodemografi unik, persekitaran dan faktor biologi serta impaknya terhadap penjagaan diabetis di rantau ini.
Etienne Ngeh
Etienne Ngeh ialah Pakar Fisioterapi dan Pemulihan Jantung Cameroon terlatih. Beliau ialah Ketua Jabatan Fisioterapi Universiti St. Louis Bamenda, Cameroon dan mengetuai perkhidmatan Fisioterapi Hospital Serantau Bamenda. Beliau adalah pengasas dan penganjur Organisasi Penyelidikan untuk Pendidikan Kesihatan dan Pemulihan-Cameroon. Beliau menyertai Rangkaian Profesional Kerjaya Awal pada 2019, dan kini bekerja dengan ahli lain untuk merombak kumpulan kerja Wilayah Afrika dan Cameroon.
Samuel Reeves
Sam ialah pendaftar pengkhususan ortodontik di King's College London. Beliau sebelum ini pernah bekerja di pergigian pediatrik dan pembedahan oral dan maksilofasial, di mana beliau mengetuai penyelidikan tentang keupayaan rangkaian neural tiruan untuk meramal risiko komplikasi pos operatif untuk pesakit kanser yang menjalani pembedahan major di kepala dan leher. Baru-baru ini, beliau telah menerbitkan secara meluas mengenai perbezaan jantina dalam akademik dan menerbitkan dalam bidang pergigian dan pembedahan, dan telah menyediakan pengajaran untuk pelatih pendidikan Kesihatan England tentang menjalankan penyelidikan bukan klinikal semasa latihan sepenuh masa. Minat penyelidikan semasa melibatkan tindakan untuk mengurangkan penyelidikan yang tidak perlu dan sumber terbuang, khususnya dengan melaksanakan ulasan sistematik 'hidup' menggunakan kecerdasan buatan dalam Pangkalan Data Ulasan Sistematik Cochrane.
Terima kasih kepada ahli kami yang lalu: Alejandro Hernández Posadas, Ibrahem Hanafi, Mariam Alwerdani, Meisser Madera Anaya, Tom Calberbank, Wouter Timmerman, Audrey Tan, Daniel A. González-Padilla, Jana Stojanova, Dolly Sud, Eugenie Johnson, Cecilie Utke Rank, Joel Pollet, Santiago Castiello, A Robinani Elnooiblej Chimwaza, Sandul Yasobant, Anna Harvey.